Nokia Asha 305 - Kemas kini perisian telefon menggunakan telefon anda

background image

Kemas kini perisian telefon menggunakan telefon anda
Anda hendak meningkatkan prestasi telefon anda dan mendapatkan kemas kini apl

serta ciri baru? Kemas kini perisian dengan kerap untuk menggunakan telefon anda

sepenuhnya. Anda juga boleh menetapkan telefon anda agar menyemak secara

automatik sama ada terdapat kemas kini.

Amaran:

Jika anda memasang kemas kini perisian, anda tidak boleh menggunakan peranti,

walaupun untuk membuat panggilan kecemasan, sehingga pemasangan selesai dan

peranti dihidupkan semula.

Menggunakan perkhidmatan atau memuat turun kandungan mungkin menyebabkan

pemindahan data yang banyak, yang mungkin mengakibatkan kos lalu lintas data.

Anda hanya boleh mengemas kini perisian anda apabila menggunakan kad SIM dalam

pemegang kad SIM dalaman.

Sebelum memulakan kemas kinian, sambung pengencas atau pastikan bateri peranti

mempunyai kuasa yang mencukupi.

Pilih

tetapan

.

34

Pengurusan telefon

background image

Pilih

telefon

>

kms kinian peranti

.

1 Untuk menyemak sama ada terdapat kemas kini, pilih

m/trn prisian pranti

.

2 Untuk memuat turun dan memasang kemas kini perisian, pilih

m/trn prisian

pranti

. Ikuti arahan yang ditunjukkan pada telefon.

3 Jika pemasangan dibatalkan selepas muat turun, pilih

psng k/kini prisian

.

Kemas kini perisian mungkin mengambil masa beberapa minit. Jika terdapat masalah

dengan pemasangan, hubungi pembekal khidmat rangkaian anda.

Tunjukkan versi perisian terkini
Pilih

btrn prisian semasa

.

Semak kemas kini perisian secara automatik
Pilih

k/kini perisian auto

, dan tentukan kekerapan anda menyemak kemas kini

perisian baru.

Pembekal khidmat rangkaian anda boleh menghantar kemas kini perisian telefon

melalui udara kepada telefon anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai

perkhidmatan rangkaian ini, hubungi pembekal khidmat rangkaian anda.