Nokia Asha 305 - Kod akses

background image

Kod akses
Kod keselamatan membantu melindungi telefon anda daripada penggunaan tidak

sah. Anda boleh membuat dan menukar kod, dan menetapkan telefon untuk meminta

kod. Kod keselamatan lalai ialah 12345. Pastikan kod keselamatan dirahsiakan dan

simpan di tempat yang selamat berasingan dari telefon anda. Jika anda terlupa kod

tersebut dan telefon anda dikunci, telefon anda akan memerlukan perkhidmatan. Caj

tambahan mungkin dikenakan dan semua data peribadi dalam telefon anda mungkin

dipadam. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pusat Nokia Care atau

penjual telefon anda.

Kod PIN dibekalkan dengan kad SIM yang melindungi kad daripada penggunaan yang

tidak dibenarkan. Kod PIN2 dibekalkan dengan beberapa kad SIM yang diperlukan

untuk mengakses perkhidmatan tertentu. Jika anda memasukkan kod PIN atau PIN2

yang salah sebanyak tiga kali berturut-turut, anda akan diminta kod PUK atau PUK2.

Jika anda tiada kod keselamatan, hubungi pembekal khidmat anda.

PIN modul diperlukan untuk mengakses maklumat dalam modul keselamatan bagi kad

SIM anda. PIN daftar mungkin diperlukan untuk tandatangan digital. Kata laluan

sekatan diperlukan semasa menggunakan perkhidmatan sekatan panggilan.

Untuk menetapkan bagaimana telefon anda menggunakan kod akses dan tetapan

keselamatan, pilih

tetapan

>

keselamatan

.