Nokia Asha 305 - Terma-terma Penggunaan

background image

dan kesihatan.

Garis panduan pendedahan bagi peranti-peranti mudah alih menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai Kadar

Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate) atau SAR. Had SAR yang dinyatakan di dalam garis panduan ICNIRP adalah

2.0 watts/kilogram (W/kg) dipuratakan kepada sepuluh gram tisu. Ujian bagi SAR yang dijalankan menggunakan kedudukan

operasi biasa dengan peranti memancar pada aras kuasa yang disahkan tertinggi dalam semua jalur frekuensi yang diuji.

Paras SAR sebenar bagi peranti yang beroperasi mungkin adalah jauh di bawah nilai maksimum kerana peranti direka bentuk

untuk menggunakan hanya kuasa yang diperlukan untuk mencapai rangkaian. Jumlahnya berubah bergantung kepada

beberapa faktor seperti sejauh mana jarak anda dengan stesen pangkalan rangkaian.

Nilai SAR tertinggi mengikut garis panduan ICNIRP untuk penggunaan peranti ini di telinga ialah 1.20 W/kg .

Penggunaan aksesori peranti boleh menghasilkan nilai-nilai SAR yang berbeza-beza. Nilai SAR mungkin berubah-ubah

bergantung kepada keperluan laporan kebangsaan dan pengujian dan jalur rangkaian. Maklumat SAR tambahan boleh

diberikan di bawah maklumat produk di www.nokia.com.