Buat panggilan kecemasan
1
Pastikan telefon dihidupkan.
2
Periksa untuk memastikan kekuatan isyarat yang mencukupi. Anda juga mungkin perlu melakukan perkara yang
berikut:
•
Masukkan SIM.
•
Nyahaktifkan sekatan panggilan yang telah anda aktifkan untuk telefon anda, seperti sekatan panggilan, dailan
tetap, atau kumpulan pengguna tertutup.
•
Pastikan profil penerbangan tidak diaktifkan.
•
Jika skrin dan kekunci dikunci, buka kuncinya.
3
Untuk membuka pendail, pilih
telefon
.
4
Taipkan nombor kecemasan rasmi bagi lokasi semasa anda. Nombor panggilan kecemasan berbeza-beza mengikut
lokasi.
5
Tekan kekunci panggil .
6
Berikan semua maklumat yang diperlukan seberapa tepat yang mungkin. Jangan tamatkan panggilan sehingga
dibenarkan berbuat demikian.
Apabila anda menghidupkan telefon anda untuk kali pertama, anda akan diminta untuk membuat akaun Nokia anda. Untuk
membuat panggilan kecemasan semasa persediaan akaun, tekan kekunci panggil.
Penting: Aktifkan panggilan selular dan internet, jika peranti anda menyokong panggilan internet. Peranti mungkin cuba
membuat panggilan kecemasan menerusi rangkaian selular dan melalui pembekal khidmat panggilan internet anda.
Sambungan dalam semua keadaan tidak dapat dijamin. Jangan bergantung semata-mata kepada sebarang peranti wayarles
untuk komunikasi penting seperti kecemasan perubatan.