Nokia Asha 305 - Mengenai Pengurusan Hak Digital

background image

Mengenai Pengurusan Hak Digital
Apabila menggunakan peranti ini, patuhi semua undang-undang dan hormati adat tempatan, privasi dan hak-hak sah orang

lain termasuk hak cipta. Perlindungan hak cipta boleh menghalang anda daripada menyalin, mengubah suai, atau

memindahkan gambar, muzik, dan kandungan lain.

Pemilik kandungan mungkin menggunakan teknologi perlindungan hak digital (DRM) yang berbeza untuk melindungi harta

intelektual mereka, termasuk hak cipta. Peranti ini menggunakan pelbagai jenis perisian DRM untuk mengakses kandungan

yang dilindungi DRM. Dengan peranti ini anda boleh mengakses kandungan yang dilindungi dengan OMA DRM 2.0. Jika

perisian DRM tertentu gagal untuk melindungi kandungan, pemilik kandungan boleh meminta keupayaan perisian DRM

sedemikian bagi mengakses kandungan dilindungi DRM yang baru dibatalkan. Pembatalan juga mungkin menghalang

pembaharuan kandungan dilindungi DRM sedemikian yang sedia ada dalam peranti anda. Pembatalan perisian DRM

sedemikian tidak menjejaskan penggunaan kandungan yang dilindungi dengan jenis DRM yang lain atau penggunaan

kandungan yang tidak dilindungi DRM.

Kandungan pengurusan hak digital (DRM) yang dilindungi disediakan dengan lesen berkaitan yang mentakrifkan hak anda

untuk menggunakan kandungan tersebut.