Nokia Asha 305 - Jaga peranti anda

background image

Jaga peranti anda
Kendalikan peranti anda, bateri, pengecas dan aksesorinya dengan cermat. Cadangan yang berikut membantu anda

memastikan peranti anda beroperasi.

Pastikan peranti ini sentiasa kering. Pemendakan, kelembapan, dan semua jenis cecair atau lembapan mungkin

mengandungi mineral-mineral yang menghakis litar elektronik. Jika peranti anda menjadi basah, keluarkan baterinya,

dan biarkan peranti kering.

Jangan gunakan atau simpan peranti di tempat yang berhabuk dan kotor.

Jangan simpan peranti pada suhu yang tinggi. Suhu yang tinggi boleh merosakkan peranti atau bateri.

Jangan simpan peranti pada suhu yang sejuk. Apabila peranti memanas kembali kepada suhu normalnya, lembapan

boleh terbentuk di dalam peranti dan merosakkannya.

Jangan buka peranti ini dengan cara yang lain daripada yang diarahkan dalam panduan pengguna.

Pengubahsuaian yang tidak diluluskan boleh merosakkan peranti ini dan melanggar peraturan yang mentadbir peranti

radio.

Jangan jatuhkan, ketuk atau goncang peranti ini. Pengendalian kasar boleh memecahkannya.

Hanya gunakan kain yang lembut, bersih, kering untuk membersihkan permukaan peranti.

Jangan cat peranti ini. Cat boleh menghalang pengendalian sempurna.

Untuk prestasi optimum, matikan peranti dan keluarkan bateri dari semasa ke semasa.

Jauhkan peranti anda daripada magnet atau medan magnet.

Untuk memastikan data penting anda selamat, simpannya di sekurang-kurangnya dua tempat berasingan, seperti

peranti anda, kad memori, atau komputer, atau tulis maklumat penting.