
Hak cipta dan notis lain
PENGISYTIHARAN PEMATUHAN
NOKIA CORPORATION dengan ini mengisytiharkan bahawa produk RM-766 ini mematuhi keperluan yang penting dan
peruntukan Arahan 1999/5/EC berkaitan yang lain. Satu salinan Pengisytiharan Kepatuhan ini boleh didapati di http://
www.nokia.com/global/declaration/declaration-of-conformity .
TM © 2013 Nokia. Hak cipta terpelihara. Produk/nama pihak ketiga mungkin TM pemilik masing-masing.
Pengeluaran semula, pemindahan atau pengedaran sebahagian atau semua kandungan dokumen ini dalam apa juga bentuk
tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Nokia adalah dilarang. Nokia mengamalkan dasar
pembangunan berterusan. Nokia berhak membuat perubahan dan peningkatan kepada sebarang produk yang diperihalkan
di dalam dokumen ini tanpa pemberitahuan terdahulu.
Termasuk perisian kriptografi RSA BSAFE atau protokol keselamatan daripada RSA Security.
Tanda perkataan dan logo Bluetooth adalah milik Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang penggunaan tanda sedemikian oleh Nokia
adalah di bawah lesen.
Hak cipta dan notis lain
44
Java adalah tanda dagangan Sun Microsystems, Inc.
Produk ini dilesenkan di bawah Lesen Portfolio Paten Visual MPEG-4 (i) untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial yang
berkaitan dengan maklumat yang telah dikodkan dengan mematuhi Piawai Visual MPEG-4 oleh pengguna yang terlibat dalam
kegiatan peribadi dan bukan komersial dan (ii) untuk kegunaan yang berkaitan dengan video MPEG-4 yang disediakan oleh
pembekal video berlesen. Tiada lesen akan diberikan atau tersirat untuk sebarang kegunaan lain. Maklumat tambahan,
termasuk yang berkaitan dengan kegunaan promosi, dalaman dan komersil boleh diperolehi daripada MPEG LA, LLC. Lihat
http://www.mpegla.com.
Hingga setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa, Nokia atau mana-mana pemegang
lesennya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan data atau pendapatan atau apa-apa kerosakan khas,
sampingan, turutan atau tidak langsung yang berlaku dalam apa jua keadaan sekali pun.
Isi kandungan dokumen ini dibekalkan "sebagaimana adanya". Kecuali seperti yang dituntut oleh undang-undang yang
berkuat kuasa, tiada sebarang jenis jaminan, sama ada yang nyata atau tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada,
jaminan tersirat bagi keperdagangan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu, dibuat berkaitan dengan ketepatan,
kebolehpercayaan atau kandungan dokumen inI. Nokia berhak untuk menyemak dokumen ini atau menariknya balik pada
bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Ketersediaan produk, ciri, aplikasi dan perkhidmatan mungkin berbeza-beza mengikut daerah. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut, hubungi penjual Nokia anda atau pembekal khidmat anda. Peranti ini mungkin mengandungi barangan,
teknologi atau perisian yang tertakluk kepada undang-undang dan peraturan eksport dari Amerika Syarikat dan negara-
negara lain. Lencongan yang bertentangan dengan undang-undang adalah dilarang.
Nokia tidak memberikan waranti atau menganggung sebarang tanggungjawab untuk kefungsian, kandungan, atau sokongan
pengguna akhir bagi aplikasi pihak ketiga yang diberikan bersama peranti anda. Dengan menggunakan aplikasi ini, anda
mengakui bahawa aplikasi diberikan seperti sedia ada. Nokia tidak membuat sebarang perwakilan, memberikan waranti, atau
menganggung sebarang tanggungjawab untuk kefungsian, kandungan, atau sokongan pengguna akhir bagi aplikasi pihak
ketiga yang diberikan bersama peranti anda.
Hak cipta dan notis lain
/Keluaran 1.2 MS
45