
Telefon dua SIM anda
Anda boleh mempunyai dua kad SIM dalam telefon anda.
Beberapa faedah bagi telefon dua SIM
•
Mempunyai dua nombor telefon, tetapi, membawa satu telefon - menggunakan
SIM kerja dan peribadi pada masa yang sama.
•
Tidak kira nombor mana yang orang hubungi - kedua-dua SIM adalah aktif.
•
Jimat wang - menggunakan pembekal khidmat rangkaian terbaik untuk situasi.
•
Terus berhubung - mengelakkan perbezaan dalam liputan rangkaian di antara
pembekal khidmat.
Kedua-dua kad SIM tersedia pada masa yang sama apbila peranti tidak digunakan,
tetapi apabila satu kad SIM aktif, contohnya, membuat panggilan, kad lagi satu tidak
tersedia.
Jika anda hanya mempunyai satu kad SIM, masukkan kad ke dalam pemegang kad
SIM1. Beberapa ciri dan perkhidmatan mungkin hanya tersedia apabila menggunakan
kad SIM dalam pemegang kad SIM1. Jika terdapat kad SIM hanya dalam pemegang
kad SIM2, anda hanya boleh membuat panggilan kecemasan.
Ketersediaan SIM
•
Apabila anda menetapkan satu SIM untuk digunakan untuk panggilan keluar,
menghantar teks atau mesej multimedia, atau memuat naik dan memuat turun
data, SIM yang lain masih boleh menerima panggilan atau teks dan mesej
multimedia.
•
Apabila satu SIM sedang dalam panggilan, menghantar atau menerima teks atau
mesej multimedia, atau memuat naik atau memuat turun data, SIM yang lagi satu
tidak aktif.
6
Bermula